Wah!! Diam tak diam..... rupanyer dah lebih dari setahun tak update blog ni. Maaf ye...?
Maklumlah..... memandangkan kerja-kerja seharian yang banyak, ditambah dengan berniaga di tapak JB Bazar aka Pasar Karat pada waktu malam, masa seolah-olah terlalu singkat. Bila tiba hari Sabtu, itulah masa untuk ke tempat pembekal untuk mendapatkan bekalan aksesori pemeliharaan.
Walaubagaimana pun, Alhmadulillah sebab masih ade juga yang masih sudi menjenguk blog yang dah hampir lapuk ni.... :) Sepanjang tahun ni, banyak perkara telah berlaku, ada yang dah terlupa & ada yang masih ingat.
Walau apa pun LZ ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pelanggan kami di atas sokongan anda selama ini. InsyaAllah dalam masa terdekat ni LZ akan paparkan kisah & berita terbaru.... :)
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 15, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Selawat Allah ketas Muhammad, selawat salam dipohon lagi...Wahai Nabi salam keatas mu, wahai rasul, salam atasmu...wahai kekasih, salam atasmu, selawat Allah keatas mu...Selamat Menyambut Maulidur Rasul (SAW)
Monday, December 6, 2010
IOI Mall Rabbit Show 2011 - Entry Form
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Rabbit Show, sila copy & paste borang ini, 'print out', penuhkan & hantar kepada pihak penganjur.
Tuesday, November 23, 2010
20/11/2010 4 ekor arnab ku dikorban
Seperti Hari Raya Aidil Adha tahun lepas, sekali lagi aku "korban" arnab untuk dijadikan juadah...hehehe!! Tahun lepas 2 ekor tapi pada kali ini 4 ekor telah pun disembelih. Sememangnya daging arnab amat sedap sekali, anak-anak pun suka... Syukur Alhamdulillah tak lah membazir.
Yang bagusnya tiap-tiap seekor yang disembelih tu, selepas disiang & dibuang kepala, kulit dan isi perut...beratnya boleh dikatakan molek-molek 1kg, memang muai sekali. Seekor telah diberikan pada seeorang kawan yang membantu dalam proses 'membersihkan', 2 lagi ada yang digoreng dengan tepung KFC, dibuat Rabbit Stew & 1 lagi masih belum dimasak... Ada yang telah dijamu pada kawan-kawan yang berniaga di Pasar Karat JB... "pakat-pakat rasa". Sekurang-kurangnya yang tak pernah rasa daging arnab ni dapatlah merasakan sedapnya.
Jadi pada pembaca & pengikut blog ni bolehlah melihat foto-foto semasa proses sembelih & pembersihan.... Pada yang rasa penggeli ke...kesian ke... maaf lah ye....? ekekeke
Sedang menyiapkan tali2 untuk menggantung arnab |
Proses penyembelihan oleh imam Tuan Hj. Musa |
Tuan Hj. Musa sedang menyembelih |
Siap untuk disiang |
Semua dah 'standby' |
Yang pertama |
Dah hampir siap |
Tinggal sikit lagi |
Selesai sudah |
4 ekor semuanya |
Subscribe to:
Posts (Atom)