Seperti Hari Raya Aidil Adha tahun lepas, sekali lagi aku "korban" arnab untuk dijadikan juadah...hehehe!! Tahun lepas 2 ekor tapi pada kali ini 4 ekor telah pun disembelih. Sememangnya daging arnab amat sedap sekali, anak-anak pun suka... Syukur Alhamdulillah tak lah membazir.
Yang bagusnya tiap-tiap seekor yang disembelih tu, selepas disiang & dibuang kepala, kulit dan isi perut...beratnya boleh dikatakan molek-molek 1kg, memang muai sekali. Seekor telah diberikan pada seeorang kawan yang membantu dalam proses 'membersihkan', 2 lagi ada yang digoreng dengan tepung KFC, dibuat Rabbit Stew & 1 lagi masih belum dimasak... Ada yang telah dijamu pada kawan-kawan yang berniaga di Pasar Karat JB... "pakat-pakat rasa". Sekurang-kurangnya yang tak pernah rasa daging arnab ni dapatlah merasakan sedapnya.
Jadi pada pembaca & pengikut blog ni bolehlah melihat foto-foto semasa proses sembelih & pembersihan.... Pada yang rasa penggeli ke...kesian ke... maaf lah ye....? ekekeke
 |
Sedang menyiapkan tali2 untuk menggantung arnab |
 |
Proses penyembelihan oleh imam Tuan Hj. Musa |
 |
Tuan Hj. Musa sedang menyembelih |
 |
Siap untuk disiang |
 |
Semua dah 'standby' |
 |
Yang pertama |
 |
Dah hampir siap |
 |
Tinggal sikit lagi |
 |
Selesai sudah |
 |
4 ekor semuanya |