Tuesday, November 23, 2010

20/11/2010 4 ekor arnab ku dikorban

Seperti Hari Raya Aidil Adha tahun lepas, sekali lagi aku "korban" arnab untuk dijadikan juadah...hehehe!! Tahun lepas 2 ekor tapi pada kali ini 4 ekor telah pun disembelih. Sememangnya daging arnab amat sedap sekali, anak-anak pun suka... Syukur Alhamdulillah tak lah membazir.

Yang bagusnya tiap-tiap seekor yang disembelih tu, selepas disiang & dibuang kepala, kulit dan isi perut...beratnya boleh dikatakan molek-molek 1kg, memang muai sekali. Seekor telah diberikan pada seeorang kawan yang membantu dalam proses 'membersihkan', 2 lagi ada yang digoreng dengan tepung KFC, dibuat Rabbit Stew & 1 lagi masih belum dimasak... Ada yang telah dijamu pada kawan-kawan yang berniaga di Pasar Karat JB... "pakat-pakat rasa". Sekurang-kurangnya yang tak pernah rasa daging arnab ni dapatlah merasakan sedapnya.

Jadi pada pembaca & pengikut blog ni bolehlah melihat foto-foto semasa proses sembelih & pembersihan.... Pada yang rasa penggeli ke...kesian ke... maaf lah ye....? ekekeke


Sedang menyiapkan tali2 untuk menggantung arnab

 
Proses penyembelihan oleh imam Tuan Hj. Musa



Tuan Hj. Musa sedang menyembelih





Siap untuk disiang





Semua dah 'standby'

Yang pertama

Dah hampir siap

Tinggal sikit lagi

Selesai sudah


4 ekor semuanya


Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha 2010

Kami di Rock & Roll Bunnies mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kenalan, ahli-ahli Persatuan Pencinta Arnab Johor (ARNAB JOHOR), rakan-rakan, saudara mara dan yang teutama kepada para pelanggan kami yang sudi memberi sokongan kepada kami. 

Semoga Aidil Adha kali ini memberi impak yang besar dalam apa jua pengorbanan yang pernah dan akan dilalui demi kesejahteraan kita semua di dunia ini & juga di akhirat kelak.  

~~Ameen~~