Monday, January 18, 2010

R&RB Bunnies Sedang Membesar - Part 1

 Assalammualaikum semua,

Baby bunnies yang lahir pada bulan Disember '09 lepas semuanya telah mencapai umur 2 minggu. Kali ini seperti yang telah LZ janjikan.... LZ paparkan foto-foto baby bunnies tersebut. Sekiranya kesemuanya tiada masalah, baby-baby ini akan berada di pasaran pada pertengahan bulan Februari 2010.

Silalah jamu mata anda dengan baby bunnies yang comel-comel ini.... ENJOY!


Anak-anak Coco,
Baka : Holland Lop
Lahir : 26/12/2009

 Anak-anak Estelle,
Baka : Holland Lop
Lahir : 29/12/2009

Anak-anak Arwyn,
Baka : Double Mane Lion Head 
Lahir : 30/12/2009

  Anak-anak Rapunzel,
Baka : Double Mane Lion Head
Lahir : 31/12/2009


Buat masa ini LZ belum sempat untuk memberikan mereka I.D./Tag bagi tujuan "pedigree & authenticity"Selain itu, LZ juga becadang menghasilkan Sijil Kelahiran untuk mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat perancangan, mungkin Sijil Kelahiran tersebut akan dihasilkan dengan permintaan pelanggan. Apa yang LZ harapkan ialah kesemuanya dapat membesar dengan baik & sihat. LZ akan mengemaskini foto-foto terbaru mereka pada usia 1 bulan nanti, insyaAllah.....

Kemungkinan besar LZ akan membuka "booth" di kawasan letak kereta Dewan Serbaguna Taman Cendana, Pasir Gudang Johor pada 13hb Februari 2010 sempena Perasmian Gelanggang baru persatuan silat kami, Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor. Jumpa anda di sana......!!!


Salam dari,

Led Zepp
Rock & Roll Bunnies
Kempas Baru, J.B.

No comments:

Post a Comment