Wednesday, February 3, 2010

Kelahiran Awal Tahun 2010

Sebenarnya pada awal tahun lagi telah ada kelahiran baru di R&RB, hanya baru sekarang LZ paparkan ceritanya.

Januari 3, 2010 - Seperti yang telah dijangkakan, Princess (Double Mane Lion Head) telah melahirkan 3 ekor baby bunny tapi malangnya anak yang pertama sudah mati semasa dalam kandungan lagi (mungkin memang dah resmi arnab keluarkan yang dah mati dahulu...kot?). Selepas beberapa jam kemudian (tak dapat dipastikan pada jam berapa) Princess melahirkan lagi 2 lagi anak. Sayangnya hanya seekor saja yang dapat "survive" hingga ke hari ini. Seekor lagi telah mati dan hanya dapat hidup untuk 2 hari saje. Princess ni macam tak pandai menyusu ke...? atau tak ada susu ke....? Mungkin pasal dah namanya pun Princess jadi perlu gunakan "Inang Pengasuh" untuk jaga anak-anak dia agaknya. :D

Selepas saja anak yang kedua mati, LZ telah dengan segera terpaksa menggunakan khidmat "Ibu Tumpang". Anak yang tadi tu telah LZ jadikan anak angkat pada Arwyn. Memandangkan Arwyn pada masa itu ada menunjukkan tanda-tanda berpotensi untuk menjadi ibu yang baik. Ternyata tindakan pantas yang dilakukan memberikan hasil yang baik. Walaupun ianya lebih kecil dari adik-beradik angkatnya yang lain (beza 4 hari) tapi ia dapat menyesuaikan diri & dapat bersaing waktu menyusu. Alhamdulillah, anak ini juga turut membesar dan akan mencapai usia 1 bulan. LZ memang tidak becadang untuk menjual baby rabbit ni. Sebabnya ialah kerana warna bulunya yang unik (ikut bapak dia L.G.). Oleh sifat warna bulunya yang berbelang macam harimau...LZ telah menamakannya "TIGRA" (sempena nama satu watak dalam siri kartun Thundercats).

LZ juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada Saudara Hairil (NEWHILLZ) kerana telah sudi memberikan nasihat & tunjuk ajar cara-cara menyusu secara "manual" sekiranya teknik ibu tumpang tidak menjadi..... Untuk Newhillz, LZ ucapkan berbanyak-banyak terimakasih di atas bantuan anda. "Terimakasih daun keladi ye...?" Hahaha!!

So inilah dia "TIGRA" (MMLH008) the miracle baby bunny.....


Cantikkan warna Si Tigra ni...?

Satu lagi kelahiran ialah pada 21hb Januari 2010, Belle crossed LH + ES (agaknya) telah melahirkan 6 ekor anak yang mana 5 daripadanya berwarna putih, bertelinga hitam & "bercelak" di mata (seperti ibubapa mereka - bapanya Gothic crossed English Spot) manakala satu lagi berwarna hitam penuh kecuali di bahagian sekeliling leher warna putih. Anak-anak Belle sudah pun berusia 14 hari dan mata pun dah terbuka. Nampaknya anak-anak ini telah mendapat susu yang cukup dari Belle & membesar dengan baik.


               Anak-anak Belle pada usia 14 hari

Ade seekor lagi yang sepatutnya beranak pada 31/01/2010 iaitu Carpet, tapi sampai hari ini tak ada apa-apa tanda pun.... Aduhh!! Amat menyedihkan.... Walaubagaimanapun, LZ harap Cindy Lopper pula tidak akan mengecewakan sebab "due date" Cindy pada 05/02/2010. Kita sama-sama nantikan saja apabila tiba masanya kelak........

Rasanya itu saja rekod kelahiran/bakal kelahiran setakat ini. Yang penting sekarang, para ibu-ibu yang sedia ada perlukan rehat yang secukupnya selepas cerai susu nanti supaya dapat "recover" dengan baik demi kesihatan & juga untuk kelahiran-kelahiran yang akan datang.... 

~ INSYAALLAH ~

Quote :

"Sehingga bertemu di lain masa.... renung-renungkan dan selamat beramal....!!"

hehehehe....

No comments:

Post a Comment