Sunday, April 18, 2010

Peristiwa-peristiwa sepanjang bulan Mac & April (update1)

Assalammualaikum semua, LZ kembali dengan paparan baru setelah lama tak "posting".

2 bulan sudah berlalu, banyak perkara telah berlaku...macam-macam. Apa pun, syukur alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia rezekiNya anak-anak arnab telah banyak terjual. Hanya tinggal beberapa ekor saja lagi yang masih berada dalam simpanan....iaitu MMLH001D & MMLH003B, kedua-duanya dari baka Doublemane Lionhead. (Sila rujuk posting sebelum ini.) Tapi bagi MMLH005D (juga Doublemane Lionhead), LZ memang dari sejak awal lagi tidak berhasrat untuk menjualnya. Ini kerana sifat luarannya yang amat menarik tidak seperti dua lagi adik beradiknya yang sedikit kurang. Sekarang MMLH005D telah kami namakannya dengan gelaran AMOOI... sebabnya ialah kerana ianya 'doe' dan matanya yang sedikit sepit (get it?!)


Inilah foto-foto AMOOI. Cutekan? Sekarang Amooi telah berusia hampir mencecah 4 bulan, Lahir pada 30/12/2009. Ada sesiapa yang berkenan? Hehehehe...Tak dapat Jack!!!

Hmm..apa lagi ek? Ah...yes! Ada seekor lagi yang lahir pada 03/01/2010, kelahiran pertama pada tahun 2010...sebenarnya 3 ekor semuanya iaitu anak-anak "Princess".  Malangnya 2 lagi tidak dapat bertahan. Seekor yang LZ maksudkan ialah TIGRA (MMLH008B), Yes! Tigra "the miracle baby bunny". Alhamdulillah, Tigra juga dapat membesar dengan sihat. Apabila Tigra & Amooi mencapai usia matang kelak, LZ akan jadikan mereka induk untuk menghasilkan lebih banyak lagi baka-baka Doublemane Lionhead yang 'authentic' ini kerana Tigra juga dari jenis baka yang sama.

Amacam... Comel jugak Si Tigra ni kan? Sebenarnya Tigra ni jenis Tri-colour & berbelang corak warnanya. Bayangkan kalau Amooi dikahwinkan dengan Tigra ni....? Perrghhh!! Harap-harap menjadi.... Amin.

1 comment: