Friday, August 7, 2009

Arnab di Bulan (Diadaptasikan dari cerita2 tauladan China Kuno)

Pernah tak anda merenung ke langit dan melihat bulan yang mengambang penuh? Kalau pernah, bayangan apa yang dapat dilihat di permukaan bulan? Kalau belum lagi...bila tiba malam, pergilah perhatikan.....
Sementara tu, ceritanya macam ni.......
"Al-kisah tersebutlah kisah..." "Tayib....!"
"Sang Kancil pergi mengadap Sultan Firaun..." "Tayib....!"
"Eh..! Firaun mana pakai Sultan........"
Hehehehe..... sorry sorry!! Gurau jap.... Bukan apa, rasa macam terpaksa lepaskan jugak...
Okay la.... Seriously, this is how the story goes...
Pada satu ketika di zaman dahulu kala, di dalam sebuah hutan, ada terdapat tiga ekor haiwan yang berkawan baik walaupun tiga sahabat ini dari jenis haiwan yang berbeza. Tiga sahabat baik ini ialah seekor kera, seekor musang dan seekor arnab. Kemana-mana mereka akan selalu bersama.... bermain bersama, cari makan bersama berehat bersama. Tengoklah haiwan yang dari spesis berbeza pun boleh baik. Inikan kita manusia.
Sambung dengan cerita tadi..... Apa yang berlaku seterusnya ialah, rupa-rupanya tanpa disedari.... Tindak-tanduk tiga sahabat ini telah menjadi perhatian seorang Dewa Kayangan. Dewa Kayangan tersebut begitu asyik mengikuti pergaulan dan persahabatan si Kera, si Musang dan juga si Arnab tadi. Hinggakan pada satu hari timbul di dalam fikirannya untuk menguji ketiga-tiga haiwan itu untuk mngetahui yang mana satu di antara tiga sahabat itu mempunyai hati yang paling suci dan bersih dalam bersahabat.
Dewa kayangan itu pun telah turun ke bumi (ke hutan di mana adanya ketiga-tiga sahabat itu)dan menyamarkan diri sebagai seorang musafir miskin yang sangat daif dan dalam kebuluran. 'Musafir' itu telah bertemu dengan ketiga-tiga sahabat itu dan memohon pertolongan dari mereka untuk mencarikannya makanan atas alasan yang dia telah tidak dapat makan selama beberapa hari. Ketiga sahabat baik itu telah berbincang dan akhirnya bersetuju untuk mencarikan makanan buat si 'Musafir' tadi.
Maka si Kera, si Musang dan si Arnab bergegaslah berlari kemana-mana untuk mendapatkan makanan bagi 'Musafir' itu. Setelah beberapa ketika, si Musang telah kembali dan membawakan beberapa biji telur ayam yang telah "diambilnya" dari kampung yang berdekatan. Di dalam hati 'Musafir' itu terasa amat gembira dengan usaha si Musang. Tidak lama selepas itu, pulanglah si Kera dengan beberapa biji buah-buahan hutan yang telah dipetiknya untuk santapan 'Musafir' itu. Sekali lagi di dalam hatinya tersirat perasaan gembira dan bangga di atas rancangannya itu.
Walaupun begitu, si Kera dan si Musang masih ternanti-nanti kepulangan sahabat mereka si Arnab. Hari semakin gelap tapi si Arnab tidak pulang-pulang. Rupa-rupanya si Arnab menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan bagi 'Musafir' itu walaupun dia telah mencuba sedaya upaya mencari makanan. Si Arnab dalam keadaan yang amat sedih terpaksa juga pulang. Setibanya Arnab ketempat itu, dia telah ditegur oleh kawan-kawannya....; "Arnab, kenapa engkau lambat sampai dan mana makanan untuk manusia ini?" tanya si Musang. Arnab dengan nada suara yang sedih telah menjawab; "Puas aku cari makanan sehingga aku sendiri kelaparan dan kepenatan....". Arnab pun terus menoleh kearah 'Musafir' dan berkata; "Begini sajalah, aku telah sedaya upaya untuk mendapatkan engkau makanan, tapi tidak berhasil dan aku merasa amat kesal dengan apa yang telah terjadi. Oleh yang demikian, sekiranya engkau masih juga lapar.... aku dengan rela hati mengorbankan diri ku untuk menjadi santapan mu wahai musafir. Engkau makanlah aku supaya engkau dapat hidup dan meneruskan perjalanan mu."
Mendengarkan penjelasan dari arnab yang penuh penyesalan dan ikhlas itu, 'musafir' terus bangun dan mendedahkan dirinya yang sebenar. Ketiga-tiga sahabat itu terkejut kerana mereka mengenali siapa yang berdiri dihadapan mereka itu. Dewa Kayangan itu pun berkata; "Aku tahu kamu kenal kepada ku dan aku merasa kagum dengan kerajinan dan semangat kamu untuk menolong orang yang dalam kesusahan. Kamu semua memang baik." Dalam masa yang sama arnab semakin sedih setelah mengetahui bahawa orang yang sepatutnya mereka tolong bukanlah manusia biasa tetapi Dewa Kayangan.
Dewa itu telah memandang ke arah arnab dan berkata lagi....; "Wahai arnab, kawan-kawan mu telah berjaya membawakan makanan untuk ku, tapi engkau telah memberikan aku sesuatu yang lebih berharga dari itu semua dan aku amat berbangga dengan engkau kerana mempunyai hati yang suci sehingga sanggup mengorbankan dirimu demi orang lain." Dewa Kayangan itu tersenyum melihat arnab dan berkata lagi; "Wahai arnab, janganlah engkau memberi terlalu banyak sehingga boleh membahayakan diri mu." Dewa Kayangan pun menoleh ke arah si Kera dan si Musang tadi dan berkata; "Terimakasih kerana menjadi haiwan dan kawan yang baik, sekarang aku amat bimbang akan keselamatan kawan mu si arnab. Maka dengan itu aku akan membawa arnab untuk tinggal bersamaku di bulan. Dan jika kamu berdua rindukan arnab..kamu pandanglah ke arah bulan mengambang dan kamu akan dapat melihatnya."
Selepas saja Dewa Kayangan itu berkata demikian, dengan serta merta Dewa itu hilang dari pandangan dan membawa arnab bersama-samanya............... Itulah kesahnya!
Jadi jangan lupa melihat bulan...!!!

No comments:

Post a Comment