Lets talk about the bunnies today. Asyik cerita pasal progres pun bosan jugakkan. Ada rasa kecewa dengan bengang jugak ni, sebab hari ni xde benda yang dibuat. Walhal jaring BRC 2"x 2" pagi2 lagi dah dibeli.
Hari ni Isnin 27hb, permulaan minggu yang baru. Bangun macam biasa la...nak hantar Mrs pergi kerja pukul 6.30 pagi konon. Tapi sayang seribu kali sayang.... :-( kereta pulak tak bley start. Puas aku pulas 'starter'. Sah! bateri kong ni......padahal malam sebelumnya baru keluar balik rumah pukul 10 malam. Nasib baik jugak tak kena malam tadi, Kalau x haru-biru kepala hotak aku ni!! So terpaksalah wife aku pergi kerja naik cab.
Lebihkurang pukul 8.30 pagi, call kawan aku Ain, supervisor kat woksyop kereta yang dekat dengan rumah. Aku mintak dia hantar foreman kat rumah aku & suruh bawak bateri sekali. Mamat tu sampai rumah dekat pukul 9pg. Perrgghh! koyak aku pagi ni...RM140 terbang macam tu je. Nak buat macam mane? Memang dah tiba masa hayatnya. Dah o.k. je kereta tu, aku pun terus bersiap untuk keluar nak pergi cari barang la, apalagi....! Semangat nak siapkan shack aku tu.
Jaring BRC 2"x 2" dah ade, aku terus call si Anik kalau dia boleh datang habiskan kerja yang tinggal sikit je tu. Nak pacak tiang untuk frame pintu. So aku pun bolehla habiskan pasang plastic netting hitam dengan jaring dawai yang baru beli tadi. Tapi Anik macam ade kerja lain la plak... x bleh confirm dtg rumah ari ni.
Sampai je rumah, aku panggil anak aku Fina (ponteng skola ari ni sbb kreta rosak..hehe!) Aku nak ajak dia pergi amik bunnies lagi... dekat je, masih dalam kawasan kejiranan aku, Rumah Haji Musa (Pengerusi Surau). Si Ira pulak dah bangun (pun sama ponteng). Ira pun nak ikut jugak... Bawa je la!
Lepas bincang sikit, Haji Musa 'offer' aku seekor doe sekali dengan 4 ekor anak2 yang baru berumor nak masuk 3 minggu dengan harga yang amat berpatutan. Doe ni bulunye putih penuh, lebat dan panjang sedikit dari yang biasa. Saiz pun macam lebih besar sikit. Tapi Pak Haji tu pun tak tahu breed apa. Sesape yang tahu, tlg bg jawapan...... (Ni kire mcm test korang punyer expertise la...hahaha!) Anak2 aku bagi name die "Dolly", tengok pic kat bawah ni :-
Lepas tu, ade satu lagi.... Doe yang warna hitam ngan sekor anak yang blum celik mata. Tu pun die nak jual gak, aku pun amik je la..... Amik je?! hehehe! bayar gak tu.... Tapi si Itam ni mcm x tau jage anak la, terpakse aku buat manual feeding. Yang itam ni "Ariel" namenyer...
1st pair yang aku bawak balik pada hari Sabtu, dah mula rasa selesa di rumah baru. Yang betina umur 2 bln stngah, Fina bagi nama, "Lola". Sempena nama Lola Bunny (dalam animated movie "Space Jam"). Comel gak si Lola ni....walaupun local breed.
Skrg, tiba masenye aku kenalkan dengan 'Main Buck' aku, "LEO". Nama ni anak sulung aku yang bagi. Aku pun rasa sesuai ngan nama tu, Leo bermaksud Lion (Singa). Singa tu kan raja rimba... So, LEO will be the King of my rabbitry. Si Leo ni aku tengok aktif semacam, kekadang tu ade tunjuk "angin" dia jugak.... Tu tak kisah la.... He's the King!
Now I present to you all..... King Leo the 1st! Tot toTot......!! (bunyi trumpet tu!)
Untuk percubaan pertama, aku akan kawenkan Leo dgn Ariel. Maybe this coming Saturday. So lets hope for the best!!
Now I present to you all..... King Leo the 1st! Tot toTot......!! (bunyi trumpet tu!)
Untuk percubaan pertama, aku akan kawenkan Leo dgn Ariel. Maybe this coming Saturday. So lets hope for the best!!